106 Quraysy

106 Surah Quraysy (Suku Quraysy)  

سورة قريش

Dengan nama Allah, yang maha Pemurah, yang maha Pengasih Bismi Llāhi r-rahmāni r-rahīm

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

«Kerana perjanjian orang-orang Quraysy» [Quraysy: 1] Li'īlāfi Quraysy لِإِيلَافِ قُرَيْشٍ [قريش: 1]
«Perjanjian mereka dalam perjalanan musim sejuk dan musim panas» [Quraysy: 2]  Īlāfihim rihlata sy-syitā'i was-sayf إِيلَافِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ [قريش: 2]
«Maka hendaklah mereka menyembah Tuan rumah ini» [Quraysy: 3]  Falya`budū rabba hāza l-bayt فَلْيَعْبُدُوا رَبَّ هَذَا الْبَيْتِ [قريش: 3]
«Yang telah memberi mereka makan daripada kelaparan, dan yang telah mengamankan mereka daripada ketakutan» [Quraysy: 4]  Allazī at`amahum min jū`in wa'āmanahum min khawf الَّذِي أَطْعَمَهُمْ مِنْ جُوعٍ وَآمَنَهُمْ مِنْ خَوْفٍ [قريش: 4]