Fatawa `Aqidah فتاوى العقيدة

Isnin, 30 November 2009 10:56:18 +0800

 

Jumlah Fatawa: 14  

 العدد الفتاوى: 14

 

1

Yang Dimaksudkan Dengan Perkataan `Aqidah

 

المقصود بكلمة العقيدة

2 Tujuan Penciptaan Manusia   الغاية من خلق البشر
3

Sesiapa Yang Mati Di Atas Tawhid Tidak Kekal Di Dalam Neraka

 

من مات على التوحيد لا يخلد في النار

4 Jenis-Jenis Tawhid Secara Ijmal  

أنواع التوحيد على سبيل الإجمال

5 Jenis-Jenis Tawhid  

أنواع التوحيد

6 Maksud Bahawa Allah Di Langit  

معنى أن الله في السماء

7 Mazhab As-Salaf Dalam Nama-Nama Allah dan Sifat-Sifat-Nya  

مذهب السلف في أسماء الله وصفاته

8 Maksud Tawhid Ar-Rububiyyah, Tawhid Al-Uluhiyyah dan Tawhid Al-Asma' Was-Sifat Waz-Zat  

المقصود بتوحيد الربوبية، وتوحيد الألوهية، وتوحيد الأسماء والصفات والذات

9 Jenis-Jenis Tawhid Berserta Ta`rif Setiap Satu Daripadanya  

أنواع التوحيد مع تعريف كل منها

10 Makna Lupa  

معنى النسيان

11 Kita Tidak Menentukan Bahawa Nama Malaku l-Mawt Ialah `Izra'il  

لا نجزم بأن اسم ملك الموت عزرائيل

12 Sesiapa Beri`tiqad Terdapat Tindakan Seseorang Dalam Penciptaan Selain Allah Adalah Kafir  

من يعتقد تصرف أحد في الكون سوى الله كافر

13 Berdoa Ke Atas Hakim Yang Tidak Menghukum Dengan Apa Yang Diturunkan Allah  

الدعاء على الحاكم الذي لا يحكم بما أنزل الله

14 Berhukum Kepada Kerajaan Bukan Muslim  

التحاكم إلى حكومة غير مسلمة

       

 

 

 

 

Yang Dimaksudkan Dengan Perkataan `Aqidah

 

المقصود بكلمة العقيدة

S 1: Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan Al-`Aqidah?

 

س 1: ما المقصود بكلمة العقيدة؟

J 1: Yang dimaksudkan dengan Al-`Aqidah dalam istilah `ulama’: Segala berita yang datang daripada Allah `azza wajalla atau rasul-Nya yang melibatkan khabar ghaib yang tidak berkaitan dengan hukum `amali syar`i. Tetapi jika berita itu ditunjukkan kepadanya oleh Kitab atau Sunnah, yang padanya terdapat hukum `amali, maka yang ini tidak disifatkannya dalam kelas `aqidah, dan ia dimasukkan ke dalam kelas hukum-hukum syar`iyyah. [Al-Albaniy]

 

ج 1: المقصود بالعقيدة في إصطلاح العلماء: كل خبر جاء عن الله U أو رسوله r يتضمن خبرًا غيبيًّا لا يتعلق به حكم عملي شرعي. أما إذا كان الخبر المشار إليه كتابًا أو سنةً فيه حكم عملي فهذا لا يصفونه في صف العقائد، وإنما يحشرونه في صف الأحكام الشرعية. [الألباني]

Abi Malik Muhammad Bin Hamid Bin `Abdu l-Wahhab (2006/ 1427H). Masa'il Fi l-`Aqidah. Misr: Maktabah `Ibadi r-Rahman & Maktabah Al-`Ulumi Wal-Hikam.

 

أبي مالك محمد بن حامد بن عبد الوهاب (2006/ 1427هـ). مسائل في العقيدة. مصر: مكتبة عباد الرحمن ومكتبة العلوم والحكم.

Ke Atas


Tujuan Penciptaan Manusia

 

الغاية من خلق البشر

S 2: Apakah tujuan penciptaan manusia?  

س 2: ما الغاية من خلق البشر؟

J 2: Sesungguhnya Allah – subhanahu wata`ala – telah mencipta jin dan manusia kerana hikmah yang agung dan objektif yang terpuji; dan ia ialah penyembahan-Nya –tabaraka wata`ala – : sebagaimana kata Allah – subhanahu wata`ala – : «Dan tidaklah Saya ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Saya» [Az-Zariyat: 56], dan `ibadah (penyembahan) itu ialah merendahkan diri kepada Allah `azza wajalla; dengan kecintaan dan pengagungan dengan melakukan perintah-perintah-Nya, dan menjauhi tegahan-tegahan-Nya dengan cara yang dibawakannya oleh syari`at-syari`at-Nya; dan berkata – ta`ala – : «Dan tidak mereka diperintahkan melainkan supaya mereka menyembah Allah dengan ikhlas, bagi-Nya agama yang hanif» [Al-Bayyinah: 5]. [Ibnu `Usaymin]

 

ج 2: إن الله – سبحانه وتعالى – خلق الجن والإنس لحكمة عظيمة وغاية حميدة؛ وهي عبادته – تبارك وتعالى -: كما قال الله – سبحانه وتعالى –: )وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ( [الذاريات: 56]، والعبادة هي التذلل لله U؛ محبةً وتعظيمًا بفعل أوامره، واجتناب نواهيه على الوجه الذي جاءت به شرائعه؛ فقال – تعالى –: )وَمَا أُمِرُوا إِلاَّ لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ( [البينة: 5]. [ابن عثيمين]

Abi Malik Muhammad Bin Hamid Bin `Abdu l-Wahhab (2006/ 1427H). Masa'il Fi l-`Aqidah. Misr: Maktabah `Ibadi r-Rahman & Maktabah Al-`Ulumi Wal-Hikam.

 

أبي مالك محمد بن حامد بن عبد الوهاب (2006/ 1427هـ). مسائل في العقيدة. مصر: مكتبة عباد الرحمن ومكتبة العلوم والحكم.

Ke Atas


Sesiapa Yang Mati Di Atas Tawhid Tidak Kekal Di Dalam Neraka

 

من مات على التوحيد لا يخلد في النار

S 3: Adakah sesiapa yang mati di atas tawhid tidak kekal di dalam neraka?  

س 3: هل من مات على التوحيد لا يخلد في النار؟

J 3: Ya, sesiapa yang paling akhir kata-katanya ialah la ilaha illa Llah dengan pembenaran daripada hatinya tentang keimanan, tentang kebenaran, tentang taubat, dan tentang pencegahan, akan masuk syurga. Dan jika dia mengatakannya, sedangkan dia berterusan dalam kejahatan, maka dia di bawah kehendak Allah; sebagaimana berkata – ta`ala – : «Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan jika dia mensyirikkan dengan-Nya dan Dia mengampunkan apa-apa selain hal itu bagi sesiapa yang Dia kehendaki» [An-Nisa’: 47]. Tetapi jika dia mati di atas tawhid, maka dia adalah daripada ahli syurga – dan jika dia diazab terhadap maksiat-maksiatnya yang dia mati di atasnya – maka bahagiannya ialah syurga, dan penghujungnya ialah syurga.

Tidak kekal di dalam neraka melainkan kuffar [orang-orang yang ingkar]. Adapun pelaku-pelaku maksiat, apabila dia memasukinya, maka sesungguhnya mereka tidak kekal di dalamnya, bahkan mereka diazab di dalamnya di atas kadar maksiat-maksiat mereka yang mereka tidak bertaubat daripadanya. Kemudian mereka akan dikeluarkan daripada neraka ke syurga. [Ibnu Baz]

 

ج 3: نعم، من كان آخر كلامه لا إله إلا الله صادقًا من قلبه عن إيمان، وعن صدق، وعن توبه، وعن إقلاع دخل الجنة، وأما إن قالها وهو مُصِرٌّ على السيئات، فهو تحت مشيئة الله؛ كما قال – تعالى -: )إِنَّ اللَّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاءُ( [النساء: 48]، لكن إذا مات على التوحيد فهو من أهل الجنة – وإن عذب على معاصيه التي مات عليها – فنصيبه الجنة، ومنتهاه الجنة.

لا يخلد في النار إلا الكفار، أما العصاة إذا دخلوها فإنهم لا يخلدون بل يعذبون فيها على قدر معاصيهم التي لم يتوبوا منها، ثم يخرجون من النار إلى الجنة [ابن باز]

Abi Malik Muhammad Bin Hamid Bin `Abdu l-Wahhab (2006/ 1427H). Masa'il Fi l-`Aqidah. Misr: Maktabah `Ibadi r-Rahman & Maktabah Al-`Ulumi Wal-Hikam.

 

أبي مالك محمد بن حامد بن عبد الوهاب (2006/ 1427هـ). مسائل في العقيدة. مصر: مكتبة عباد الرحمن ومكتبة العلوم والحكم.

Ke Atas


Jenis-Jenis Tawhid Secara Ijmal

 

أنواع التوحيد على سبيل الإجمال

S 4: Apakah jenis-jenis tawhid secara ijmal [ringkas]?

 

س 4: ما أنواع التوحيد على سبيل الإجمال؟

J 4: Tawhid Ar-Rububiyyah, Tawhid Al-Uluhiyyah, dan Tawhid Al-Asma’ Was-Sifat [Ibnu `Usaymin]

 

ج 4: توحيد الربوبية، وتوحيد الألوهية، وتوحيد الأسماء والصفات [ابن عثيمين]

Abi Malik Muhammad Bin Hamid Bin `Abdu l-Wahhab (2006/ 1427H). Masa'il Fi l-`Aqidah. Misr: Maktabah `Ibadi r-Rahman & Maktabah Al-`Ulumi Wal-Hikam.

 

أبي مالك محمد بن حامد بن عبد الوهاب (2006/ 1427هـ). مسائل في العقيدة. مصر: مكتبة عباد الرحمن ومكتبة العلوم والحكم.

Ke Atas


Jenis-Jenis Tawhid

 

أنواع التوحيد

S 5: Apakah jenis-jenis tawhid bersama penjelasan dan pemisalan untuk itu?

 

س 5: ما أنواع التوحيد مع التوضيح والتمثيل لذلك؟

J 5: 1- Tawhid Ar-Rububiyyah: Dan ia ialah pengesaan Allah – ta`ala – dengan penciptaan, kerajaan dan pentadbiran; kata Allah – ta`ala – : «Adakah lagi pencipta selain daripada Allah? Dia merezekikan antum daripada langit dan bumi. Tidak ada Tuhan melainkan Dia» [Fatir: 3], dan berkata – Ta`ala – : «Maka adakah sesiapa yang mencipta sama seperti sesiapa yang tidak mencipta? Maka tidakkah antum ingat?» [An-Nahl: 17]

2- Tawhid Al-Uluhiyyah: Dan ia ialah pengesaan Allah – subhanahu wata`ala – dengan penyembahan [`ibadah], dengan hendaklah manusia tidak mengambil bersama Allah sesuatu pun yang disembahnya dan didekati kepadanya, sebagaimana dia menyembah Allah – ta`ala – dan dia mendekat kepada-Nya, dan jenis inilah daripada tawhid yang orang-orang musyrikun telah sesat padanya, yang Nabi telah memerangi mereka dan menawan wanita-wanita, zuriat, harta, tanah dan negeri mereka, dan inilah tawhid yang dibangkitkan dengannya para rasul, dan diturunkan dengannya kitab-kitab.

3- Tawhid Al-Asma’ Was-Sifat: Dan ia ialah pengesaan Allah – subhanahu wata`ala – dengan apa-apa yang dinamakan-Nya diri-Nya dengannya, dan disifatkan-Nya diri-Nya dengannya di dalam kitab-Nya, atau di atas lisan Rasuli Llah; dan hal itu ialah dengan mengisbatkan [mensabitkan, mengesahkan, berpegang dengan] apa-apa yang Allah – subhanahu wata`ala – sabitkannya untuk diri-Nya dengan tanpa pengubahsuaian dan tanpa pengabaian, dan dengan tanpa pindaan dan tanpa penyerupaan.

Contoh hal itu: Bahawa Allah – subhanahu wata`ala – telah menamakan diri-Nya dengan Al-Hayyi l-Qayyum [Yang Hidup, Yang Tertegak]; maka wajib ke atas kita untuk beriman dengan Al-Hayy bahawa ia satu nama daripada nama-nama Allah, dan wajib ke atas kita untuk beriman dengan apa-apa yang dikandungnya oleh nama ini daripada ciri; dan ia ialah kehidupan yang sempurna yang tidak didahuluï dengan tiada, dan tidak diikutinya kebinasaan.

Dan Allah telah menamakan dirinya dengan As-Sami`u l-`Alim [Yang Mendengar, Yang Mengetahuï]; maka wajib ke atas kita untuk beriman dengan As-Sami` sebagai satu nama daripada nama-nama Allah, dan dengan As-Sam`I satu sifat daripada sifat-sifat-Nya, dan dengan sesungguhnya dia Mendengar, dan itulah hukum yang dikehendakinya oleh nama itu dan sifat itu; maka sesungguhnya mendengar tanpa pendengaran atau pendengaran dengan tiada kebolehan mendengar, ini ialah sesuatu yang mustahil, dan di atas hal ini, maka qiyaskanlah. [Ibnu `Usaymin]

 

ج 5: 1- توحيد الربوبية: وهو إفراد الله – تعالى – بالخلق والملك والتدبير؛ قال الله – تعالى –: )هَلْ مِنْ خَالِقٍ غَيْرُ اللَّهِ يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ( [فاطر: 3]، وقال – تعالى -: )أَفَمَن يَخْلُقُ كَمَن لاَّ يَخْلُقُ أَفَلا تَذَكَّرُونَ( [النحل: 17].

2- توحيد الألولية: وهو إفراد الله – سبحانه وتعالى – بالعبادة بأن لا يتخذ الإنسان مع الله أحدًا يعبده ويتقرب إليه، كما يعبد الله – تعالى – ويتقرب إليه، وهذا النوع من التوحيد هو الذي ضل فيه المشركون الذين قاتلهم النبي r واستباح نساءهم، وذريتهم، وأموالهم، وأرضهم وديارهم، وهذا التوحيد هو الذي بعثت به الرسل، وأنزلت به الكتب.

3- توحيد الأسماء والصفات: وهو إفراد الله – سبحانه وتعالى – بما سمى به نفسه، ووصف به نفسه في كتابه، أو على لسان رسول الله r؛ وذلك بإثبات ما أثبته الله – سبحانه وتعالى – لنفسه من غير تحريف ولا تعطيل، ومن غير تكييف ولا تمثيل.

مثال ذلك: أن الله – سبحانه وتعالى – سمى نفسه بالحي القيوم؛ فيجب علينا أن نؤمن بالحي على أنه اسم من أسماء الله، ويجب علينا أن نؤمن بما تضمنه هذا الاسم من وصف؛ وهي الحياة الكاملة التي لم تُسْبَقْ بعدم ولا يلحقها فناء.

وسمى الله نفسه بالسميع العليم؛ فيجب علينا أن نؤمن بالسميع اسمًا من أسماء الله، وبالسمع صفة من صفاته، وبأنه يسمع، وهو الحُكم الذي اقتضاه ذلك الاسم وتلك الصفة؛ فإن سميعًا بلا سمع أو سمعًا بلا إدراك مسموع هذا شيء محال، وعلى هذا فقس. [ابن عثيمين]

Abi Malik Muhammad Bin Hamid Bin `Abdu l-Wahhab (2006/ 1427H). Masa'il Fi l-`Aqidah. Misr: Maktabah `Ibadi r-Rahman & Maktabah Al-`Ulumi Wal-Hikam.

 

أبي مالك محمد بن حامد بن عبد الوهاب (2006/ 1427هـ). مسائل في العقيدة. مصر: مكتبة عباد الرحمن ومكتبة العلوم والحكم.

Ke Atas


Maksud Bahawa Allah Di Langit

 

معنى أن الله في السماء

S 6: Apakah maksud bahawa Allah di langit?  

س 6: ما معنى أن الله في السماء؟

J 6: As-sama’ [langit] mempunyaï banyak makna dalam bahasa; dan daripada makna-makna ini: Langit dunia, yang kedua, dan yang ketiga sehingga ke akhirnya, dan daripada makna-makna ini: ketinggian yang mutlaq. Maka langit pertama, dan kedua, … ini ialah jirim-jirim yang diciptakan. Maka apabila kita berkata, “Allah di langit”; maknanya: kita menganggap Dia di satu tempat sedangkan kita menjauhkan Allah daripada bertempat; Maka wajib mentafsirkan as-sama’ [langit] dengan ketinggian yang mutlaq; iaitu di atas makhluq-makhluq kesemuanya, di mana tiada tempat dengan cara ini, dan inilah `aqidah As-Salaf. [Al-Albaniy]

 

ج 6: السماء لها معان في اللغة؛ ومن هذه المعاني: السماء الدنيا، والثانية، والثالثة، إلى آخره، ومن هذه المعاني: العلو المطلق، فالسماء الأولى، والثانية،... هذه أجرام مخلوقة، فإذا قلنا: الله في السماء؛ معناه: قدرناه في مكان، ونحن ننزه الله عن المكان؛ فوجب تفسير السماء بالعلو المطلق؛ يعني: فوق المخلوقات كلها حيث لا مكان بهذه الطريقة، وهذه عقيدة السلف. [الألباني]

Abi Malik Muhammad Bin Hamid Bin `Abdu l-Wahhab (2006/ 1427H). Masa'il Fi l-`Aqidah. Misr: Maktabah `Ibadi r-Rahman & Maktabah Al-`Ulumi Wal-Hikam.

 

أبي مالك محمد بن حامد بن عبد الوهاب (2006/ 1427هـ). مسائل في العقيدة. مصر: مكتبة عباد الرحمن ومكتبة العلوم والحكم.

Ke Atas


Mazhab As-Salaf Dalam Nama-Nama Allah dan Sifat-Sifat-Nya

 

مذهب السلف في أسماء الله وصفاته

S 7: Apa mazhab As-Salaf dalam nama-nama Allah dan sifat-sifat-Nya?

 

 س 7: ما مذهب السلف في أسماء الله وصفاته؟

J 7: Mazhab mereka ialah untuk mensifatkan Allah – ta`ala – dengan apa-apa yang Dia sifatkan diri-Nya dengannya, dan dengan apa-apa yang disifatkan-Nya oleh Nabi dengannya iaitu: dalam ayat-ayat sifat, dan hadis-hadis sifat. Maka mereka menerimanya dan mempercayaï apa-apa yang ditunjukkan ke atasnya, dan mereka menyeru [berdoa kepada] Allah dengan nama-nama-Nya yang baik [asma’i l-husna], dan mereka mensifatkan-Nya dengan apa-apa yang difahami daripadanya, dan mereka tidak mengubah perkataan-perkataan daripada tempatnya, dan mereka tidak mengubah dalil-dalil nas, dan mereka tidak mengabaikan ayat-ayat dan asar [peninggalan, sunnah] daripada apa-apa yang terkandung ke atasnya, dan mereka tidak membenarkan ke atasnya ta’wil yang ia merupakan pengubahsuaian lafaz daripada zahirnya. Dan mereka menjauhkan Allah – ta`ala – daripada menyerupaï para makhluq dalam sesuatu pun daripada sifat-sifat dan perbuatan-perbuatan, dan mereka mempercayaï bahawa sifat-sifat Allah – ta`ala –, seperti mendengar dan melihat, suka dan benci, marah dan redha, dan sebagainya, ia ialah suatu hakikat sebagaimana yang sesuai dengan Al-Khaliq [Pencipta] – subhanahu –, dan seperti itu mereka mensabitkan sesungguhnya Dia di atas `arasy, berbeza daripada ciptaan-Nya, dan sesungguhnya Dia maha Mendengar maha Dekat yang tidak tersembunyi ke atasnya sesuatu rahsia, dan selain daripada itu daripada sifat-sifat yang ditunjukkan ke atasnya oleh dalil-dalil sam`iyyah [yang didengar] dan `aqliyyah [yang diterima akal]. Dan mereka berlepas diri daripada menafikan sifat-sifat; seperti golongan Jahmiyyah dan yang seperti mereka. [Ibnu Jibrin]

 

ج 7: مذهبهم أن يوصف الله – تعالى – بما وصف به نفسه، وبما وصفه به النبي r أي: في آيات الصفات، وأحاديث الصفات؛ فيقبلونها ويعتقدون ما دلت عليه ويدعون الله بأسماءه الحسنى، ويصفونه بما يفهم منها، ولا يحرفون الكلم عن مواضعه، ولا يغيرون دلالات النصوص، ولا يعطلون الآيات والآثار عن ما تحتوي عليه، ولا يسلطون عليها التأويل الذي هو تحريف اللفظ عن ظاهره، وينزهون الله – تعالى – عن مشابهته المخلوقات في شيء من الصفات والأفعال، ويعتقدون أن صفات الله – تعالى –؛ كالسمع والبصر، والحب والكراهية، والغضب والرضا، ونحوها هي حقيقة كما يليق بالخالق – سبحانه -، وكذا يثبتون أنه فوق العرش بائن من خلقه، وأنه سميع قريب لا تخفى عليه خافية، وغير ذلك من الصفات التي دلت عليها الأدلة السمعية والعقلية، ويتبرؤون من نفاة الصفات؛ كالجهمية ونحوهم. [ابن جبرين]

Abi Malik Muhammad Bin Hamid Bin `Abdu l-Wahhab (2006/ 1427H). Masa'il Fi l-`Aqidah. Misr: Maktabah `Ibadi r-Rahman & Maktabah Al-`Ulumi Wal-Hikam.

 

أبي مالك محمد بن حامد بن عبد الوهاب (2006/ 1427هـ). مسائل في العقيدة. مصر: مكتبة عباد الرحمن ومكتبة العلوم والحكم.

Ke Atas


Maksud Tawhid Ar-Rububiyyah, Tawhid Al-Uluhiyyah dan Tawhid Al-Asma’ Was-Sifat Waz-Zat

 

المقصود بتوحيد الربوبية، وتوحيد الألوهية، وتوحيد الأسماء والصفات والذات

Soalan Pertama Daripada Fatwa No (9772)

S1: Apakah yang dimaksudkan dengan Tawhid Ar-Rububiyyah, Tawhid Al-Uluhiyyah dan Tawhid Al-Asma’ Was-Sifat Waz-Zat?

  السؤال الأول من فتوى رقم (9772):
س1: ما المقصود بتوحيد الربوبية، وتوحيد الألوهية، وتوحيد الأسماء والصفات والذات؟

J1: Tawhid Ar-Rububiyyah: Ia ialah mengesakan Allah dengan perbuatan-perbuatan-Nya daripada penciptaan, rezeki, menghidupkan, mematikan dan sebagainya. Dan Tawhid Al-Uluhiyyah: Ia ialah mengesakan Allah dengan `ibadah daripada salat, puasa, haji, zakat, nazar, sembelihan dan sebagainya. Dan Tawhid Al-Asma’ Was-Sifat ialah mensifatkan Allah dengan apa yang Dia sifatkan diri-Nya dengannya, atau disifatkan-Nya dengannya oleh Rasul-Nya, dan menamakan-Nya dengan apa yang Dia namakan diri-Nya dengannya, atau yang dinamakan-Nya dengannya oleh Rasul-Nya dengan tanpa penyerupaan dan tanpa perbandingan, dan dengan tanpa pengubahsuaian dan tanpa pengabaian.

Dan tawfiq itu bersama Allah. Dan Allah bersalawat dan bersalam ke atas Nabi kita Muhammad, dan keluarganya, dan sahabatnya.

Jawatankuasa Tetap Untuk Kajian-Kajian Ilmiah dan Fatwa, Kerajaan Arab Saudi
Anggota: `Abdu Llah bin Ghadyan, Naib Pengerusi Jawatankuasa: `Abdu r-Razzaq `Afifi, Pengerusi: `Abdu l-`Aziz bin `Abdi Llah bin Baz

 

ج1: توحيد الربوبية: هو توحيد الله بأفعاله من الخلق والرزق والإحياء والإماتة ونحو ذلك، وتوحيد الألوهية: هو إفراد الله بالعبادة من صلاة وصوم وحج وزكاة ونذر وذبح ونحو ذلك. وتوحيد الأسماء والصفات أن تصف الله بما وصف به نفسه، أو وصفه به رسوله صلى الله عليه وسلم، وتسميه بما سمى به نفسه، أو سماه به رسوله صلى الله عليه وسلم، من غير تشبيه ولا تمثيل ومن غير تحريف ولا تعطيل.

وبالله التوفيق. وصلى الله على نبينا محمد، وآله وصحبه وسلم.
 

اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء
عضو: عبد الله بن غديان، نائب رئيس اللجنة: عبد الرزاق عفيفي، الرئيس: عبد العزيز بن عبد الله بن باز

Fatawa Al-Lajnah Ad-Da’imah lil-Buhusi l-`Ilmiyyah wal-Ifta’. Cet. 3. Jld. 1

 

فتاوى اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء. ط 3. المجلد 1.

Ke Atas


Jenis-Jenis Tawhid Berserta Ta`rif Setiap Satu Daripadanya

 

أنواع التوحيد مع تعريف كل منها

Soalan Pertama Daripada Fatwa No. (8943)

S 1: Apakah dia jenis-jenis tawhid berserta ta`rif setiap satu daripadanya?

 

السؤال الأول من الفتوى رقم (8943):
س 1 : ما هي أنواع التوحيد مع تعريف كل منها؟

J 1: Jenis-jenis tawhid ada tiga: Tawhid Ar-Rububiyyah, Tawhid Al-Uluhiyyah, dan Tawhid Al-Asma’ Was-Sifat. Maka Tawhid Ar-Rububiyyah: Ia ialah mengesakan Allah ta`ala dengan penciptaan, rezeki, menghidupkan, mematikan dan segala jenis pengurusan dan pentadbiran untuk kerajaan langit dan bumi, dan mengesakan-Nya ta`ala dengan hukum dan pensyari`atan dengan mengutuskan para rasul dan menurunkan kitab-kitab. Telah berkata Allah ta`ala: «Memang! Kepunyaan-Nya penciptaan dan pemerintahan. Maha Suci Allah, Tuhan sekalian alam» [Al-A`raf: 54]. Dan Tawhid Al-Uluhiyyah: Ia ialah mengesakan Allah dengan `ibadah, maka tiada yang disembah selain-Nya, dan tidak diseru selain-Nya, dan tidak meminta bantuan dan tidak meminta tolong melainkan dengannya, dan tidak bernazar dan tidak menyembelih, dan tidak berkorban melainkan untuk-Nya. Telah berkata Allah ta`ala: «Katakan: Sesungguhnya salat saya, sembelihan saya, hidup saya, dan mati saya adalah kerana Allah Tuan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan hal itulah saya diperintahkan, dan saya adalah orang-orang Muslim yang paling awal» [Al-An`am: 162-163]. Dan Dia telah berkata: «Maka bersalatlah kepada Tuan kamu dan sembelihlah» [Al-Kawsar: 2]. Dan Tawhid Al-Asma’ Was-Sifat: Ia ialah mensifatkan Allah ta`ala dan menamakan-Nya dengan apa yang Dia sifatkan dan Dia namakan dengannya diri-Nya, dan dengan apa yang disifatkan dan dinamakan dengannya oleh Rasul-Nya dalam hadis-hadis yang sahih, dan mensabitkan hal itu bagi-Nya dengan tanpa penyerupaan dan tanpa perbandingan, dan dengan tanpa tafsiran dan pengabaian, «tiada yang seperti-Nya sesuatu pun, dan Dia yang maha Mendengar, yang maha Melihat» [Asy-Syura: 11].

Dan tawfiq itu bersama Allah. Dan Allah bersalawat dan bersalam ke atas Nabi kita Muhammad, dan keluarganya, dan sahabatnya.

Jawatankuasa Tetap Untuk Kajian-Kajian Ilmiah dan Fatwa, Kerajaan Arab Saudi
Anggota: `Abdu Llah bin Qu`ud, `Abdu Llah bin Ghadyan, Naib Pengerusi Jawatankuasa: `Abdu r-Razzaq `Afifi, Pengerusi: `Abdu l-`Aziz bin `Abdi Llah bin Baz

  ج 1: أنواع التوحيد ثلاثة: توحيد الربوبية، وتوحيد الإلهية، وتوحيد الأسماء والصفات، فتوحيد الربوبية: هو إفراد الله تعالى بالخلق والرزق والإحياء والإماتة وسائر أنواع التصريف والتدبير لملكوت السماوات والأرض، وإفراده تعالى بالحكم والتشريع بإرسال الرسل وإنزال الكتب، قال الله تعالى: ألا له الخلق والأمر تبارك الله رب العالمين وتوحيد الألوهية: هو إفراد الله تعالى بالعبادة فلا يعبد غيره، ولا يدعى سواه، ولا يستغاث ولا يستعان إلا به، ولا ينذر ولا يذبح ولا ينحر إلا له، قال الله تعالى: قل إن صلاتى ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين لا شريك له وبذلك أمرت وأنا أول المسلمين وقال: فصل لربك وانحر وتوحيد الأسماء والصفات: هو وصف الله تعالى وتسميته بما وصف وسمى به نفسه، وبما وصفه وسماه به رسوله صلى الله عليه وسلم في الأحاديث الصحيحة، وإثبات ذلك له من غير تشبيه ولا تمثيل ومن غير تأويل ولا تعطيل، ليس كمثله شيء وهو السميع البصير.

وبالله التوفيق، وصلى الله على نبينا محمد، وآله وصحبه وسلم.

اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء
عضو:عبد الله بن قعود، عضو:عبد الله بن غديان، نائب رئيس اللجنة:عبد الرزاق عفيفي، الرئيس: عبد العزيز بن عبد الله بن باز

Fatawa Al-Lajnah Ad-Da’imah lil-Buhusi l-`Ilmiyyah wal-Ifta’. Jld. 1. Dikumpulkan dan disusun oleh: Asy-Syaykh Ahmad Bin `Abdu r-Razzaq Ad-Duwaysy.

 

فتاوى اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء. المجلد 1. جمع وترتيب: الشيخ أحمد بن عبد الرزاق الدويش.

Ke Atas


Makna Lupa

 

معنى النسيان

S 8: Apakah makna lupa dalam kata-Nya – ta`ala – : «Dan seperti itu, pada hari ini, kamu dilupakan» [Taha: 126], dan kata-Nya: «Mereka melupakan Allah, maka Dia melupakan mereka» [At-Taubah: 67]?

  س 8: ما معنى النسيان في قوله – تعالى -: )وَكَذَلِكَ الْيَوْمَ تُنسَى( [طـه: 126]، وقوله: )نَسُواْ اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ( [التوبة: 67]؟

J 8: Lupa dalam setiap nas-nas ini bukanlah makna yang terlintas di fikiran, melupakan sesuatu daripada ingatan, tetapi lupa dengan makna meninggalkan dan membiarkan; iaitu: kamu terbiar sebagaimana kamu telah meninggalkan amalan dengan ayat-ayat, kamu terbiar terbuang di neraka Jahannam dalam keadaan terseksa; sebagai balasan kejahatan kamu dan keengganan kamu daripada beramal dengan apa yang disyari`atkan Allah. [Al-Albaniy]

 

ج 8: النسيان في كل هذه النصوص ليس المعنى المتبادر إلى الذهن، نسيان الشيء من الذاكرة، ولكن النسيان بمعنى الترك والإهمال؛ أي: تُتْرَك كما تَرَكْتَ العمل بالآيات، تترك ملقًى في نار جهنم معذبًا؛ جزاءَ سيئاتك وإعراضك عن العمل بما شرع الله. [الألباني]

Abi Malik Muhammad Bin Hamid Bin `Abdu l-Wahhab (2006/ 1427H). Masa'il Fi l-`Aqidah. Misr: Maktabah `Ibadi r-Rahman & Maktabah Al-`Ulumi Wal-Hikam.

 

أبي مالك محمد بن حامد بن عبد الوهاب (2006/ 1427هـ). مسائل في العقيدة. مصر: مكتبة عباد الرحمن ومكتبة العلوم والحكم.

Ke Atas


Kita Tidak Menentukan Bahawa Nama Malaku l-Mawt Ialah `Izra’il

 

لا نجزم بأن اسم ملك الموت عزرائيل

S 40671: Adalah terdapat apa-apa yang menunjukkan bahawa Malaku l-Mawt itu namanya `Izra’il?

  س 40671: هل ورد ما يدل على أن ملك الموت اسمه عزرائيل؟

J 40671: Al-hamdu liLlah. Telah tersebar bahawa nama Malaku l-Mawt adalah `Izra’il, melainkan bahawasanya tidak terdapat penamaan Malaku l-Mawt dengan nama ini di dalam Al-Qur’an dan tidak di dalam Sunnah Nabi yang sahih. Dan sesungguhnya terdapat hal itu dalam beberapa asar yang merupakan daripada Isra’iliyyat.

Dan kerana ini, tidak perlu ditentukan penafian dan tidak sabitan, maka kita tidak mensabitkan bahawa nama Malaku l-Mawt adalah `Izra’il, dan kita tidak menafikan hal itu, bahkan kita meninggalkan urusan itu kepada Allah ta`ala dan kita menamakannya dengan apa yang Allah telah namakannya dengannya iaitu “Malaku l-Mawt”. Telah berkata Allah ta`ala: «Katakan: Akan mematikan antum Malaku l-Mawt yang ditugaskan dengan antum, kemudian kepada Tuan antum antum akan kembali» [As-Sajdah: 11].

Telah berkata Ibnu Kasir dalam Al-Bidayatu Wan-Nihayah (1/ 49): Dan Malaku l-Mawt, maka tidaklah dinyatakan namanya di dalam Al-Qur’an, dan tidak di dalam hadis-hadis yang sahih. Dan sesungguhnya telah datang penamaannya dalam beberapa asar dengan “`Izra’il”, waLlahu `alam. Dan sesungguhnya telah berkata Allah ta`ala: «Katakan: Akan mematikan antum Malaku l-Mawt yang ditugaskan dengan antum, kemudian kepada Tuan antum antum akan kembali» [As-Sajdah: 11].

Dan telah berkata As-Sanadiy: Tidak menunjukkan dalam penamaannya hadis yang marfu`.

Dan telah berkata Al-Manawiy dalam Faydhu l-Qadir (3/ 32) selepas dia menyebut bahawa Malaku l-Mawt telah tersebar bahawa namanya `Izra’il, dia berkata: Dan saya tidak menemuï terhadap penamaannya dengan hal itu dalam khabar.

Dan telah berkata As-Syaykh Al-Albaniy dalam ta`liqnya terhadap kata-kata At-Tahawiy: “Dan kita percaya dengan Malaku l-Mawt yang ditugaskan untuk mencabut ruh-ruh sekalian alam”. Dan berkata rahimahu Llah: “Saya berkata: Inilah namanya di dalam Al-Qur’an, dan penamaannya dengan “`Izra’il” sebagaimana yang tersebar di kalangan manusia, maka tiada asal baginya, dan sesungguhnya ia adalah daripada Isra’iliyyat”.

 Dan telah berkata Asy-Syaykh Ibnu `Usaymin: “(Malaku l-Mawt): Dan sesungguhnya telah masyhur bahawa namanya (`Izra’il), tetapi ia tidak sah, sesungguhnya hal ini datang dalam asar Isra’iliyyah, tidak diwajibkan untuk kita percaya dengan nama ini. Maka kita menamakan yang ditugaskan dengan kematian dengan (Malaku l-Mawt) sebagaimana Allah `azza wajalla telah menamakannya dalam kata-Nya: «Katakan: Akan mematikan antum Malaku l-Mawt yang ditugaskan dengan antum, kemudian kepada Tuan antum antum akan kembali» [As-Sajdah: 11].” [Fatawa Ibnu `Usaymin (3/ 161)].

WaLlahu a`lam.

 

ج 40671: الحمد لله، اشتهر أن اسم ملك الموت عزرائيل، إلا أنه لم ترد تسمية ملك الموت بهذا الاسم في القرآن الكريم ولا في السنة النبوية الصحيحة، وإنما ورد ذلك في بعض الآثار والتي قد تكون من الإسرائيليات. وعلى هذا، لا ينبغي الجزم بالنفي ولا بالإثبات، فلا نثبت أن اسم ملك الموت عزرائيل، ولا ننفي ذلك، بل نفوض الأمر إلى الله تعالى ونسميه بما سماه الله تعالى به "مللك الموت" قال الله تعالى: )قُلْ يَتَوَفَّاكُمْ مَلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ( [السجدة: 11].

قال ابن كثير في "البداية والنهاية" (1/ 49): وأما ملك الموت فليس بمصرح باسمه في القرآن، ولا في الأحاديث الصحاح، وقد جاء تسميته في بعض الآثار بعزرائيل، والله أعلم. وقد قال الله تعالى:
)قُلْ يَتَوَفَّاكُمْ مَلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ( [السجدة: 11].

وقال السندي: لم يرد في تسميته حديث مرفوع اهـ.

وقال المناوي في "فيض القدير" (3/ 32) بعد أن ذكر أن ملك الموت اشتهر أن اسمه عزرائيل، قال: ولم أقف على تسميته بذلك في الخبر اهـ.

وقال الشيخ الألباني في تعليقه على قول الطحاوي: "ونؤمن بملك الموت الموكل بقبض أرواح العالمين". قال رحمه الله: "قلت: هذا هو اسمه في القرآن، وأما تسميته بـ "عزرائيل" كما هو الشائع بين الناس فلا أصل له، وإنما هو من الإسرائيليات اهـ".

وقال الشيخ ابن عثيمين: (ملك الموت): وقد اشتهر أن اسمه (عزرائيل)، لكنه لم يصح، إنما ورد هذا في آثار إسرائيلية لا توجب أن نؤمن بهذا الاسم، فنسمي من وُكِّل بالموت بـ (ملك الموت) كما سماه الله عز وجل في قوله:
)قُلْ يَتَوَفَّاكُمْ مَلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ( [السجدة: 11] اهـ. "فتاوى ابن عثيمين" (3/ 161).

والله أعلم.
 

 Al-Islam Su'alun Wajawab. http:/ / www.islam-qa.com/ special/ index.php?ref=40671&subsite=13&ln=ara

  الإسلام سؤال وجواب. http:/ / www.islam-qa.com/ special/ index.php?ref=40671&subsite=13&ln=ara

Ke Atas


Sesiapa Beri`tiqad Terdapat Tindakan Seseorang Dalam Penciptaan Selain Allah Adalah Kafir

 

من يعتقد تصرف أحد في الكون سوى الله كافر

Soalan Pertama daripada Fatwa No. (9272):

S 1: Adakah sesiapa yang beri`tiqad terdapat tindakan seseorang dalam pencipttan selain Allah adalah kafir?

  السؤال الأول من الفتوى رقم (9272):
س 1: هل من يعتقد تصرف أحد في الكون سوى الله كافر؟

J 1: Sesiapa yang beri`tiqad itu adalah kafir, kerana sesungguhnya dia telah mensyirikkan bersama Allah dengan selain-Nya dalam Ar-Rububiyyah, bahkan ia adalah lebih dahsyat kekufuran daripada kebanyakan daripada orang-orang musyrik yang telah mensyirikkan bersama Allah dengan selainnya dalam Al-Uluhiyyah.

Dan tawfiq itu bersama Allah. Dan Allah bersalawat dan bersalam ke atas Nabi kita Muhammad, dan keluarganya, dan sahabatnya.

Jawatankuasa Tetap Untuk Kajian-Kajian Ilmiah dan Fatwa, Kerajaan Arab Saudi
Anggota: `Abdu r-Razzaq `Afifi, Pengerusi: `Abdu l-`Aziz bin `Abdi Llah bin Baz

 

 

ج 1: من يعتقد ذلك كافر، لأنه أشرك مع الله غيره في الربوبية، بل هو أشد كفرا من كثير من المشركين الذين أشركوا مع الله غيره في الألوهية.

وبالله التوفيق، وصلى الله على نبينا محمد، وآله وصحبه وسلم.

اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء
عضو:عبد الرزاق عفيفي، الرئيس: عبد العزيز بن عبد الله بن باز

Fatawa Al-Lajnah Ad-Da’imah lil-Buhusi l-`Ilmiyyah wal-Ifta’. Jld. 1. Dikumpulkan dan disusun oleh: Asy-Syaykh Ahmad Bin `Abdu r-Razzaq Ad-Duwaysy.

 

فتاوى اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء. المجلد 1. جمع وترتيب: الشيخ أحمد بن عبد الرزاق الدويش.

Ke Atas


Berdoa Ke Atas Hakim Yang Tidak Menghukum Dengan Apa Yang Diturunkan Allah

 

الدعاء على الحاكم الذي لا يحكم بما أنزل الله

Soalan Keempat daripada Fatwa No. (6361):

S 4: Apakah hukum berdoa ke atas hakim yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah?

  السؤال الرابع من الفتوى رقم (6361):
س 4: ما حكم الدعاء على الحاكم الذي لا يحكم بما أنزل الله؟

J 4: Kamu berdoa baginya dengan hidayah dan tawfiq, dan supaya Allah menjadikan di atas tangannya pembaikan pentadbirannya dan dia menghukum di antara mereka dengan syari`at Allah.

Dan tawfiq itu bersama Allah. Dan Allah bersalawat dan bersalam ke atas Nabi kita Muhammad, dan keluarganya, dan sahabatnya.

Jawatankuasa Tetap Untuk Kajian-Kajian Ilmiah dan Fatwa, Kerajaan Arab Saudi
Anggota: `Abdu Llah bin Qu`ud, `Abdu Llah bin Ghadyan, Naib Pengerusi Jawatankuasa: `Abdu r-Razzaq `Afifi, Pengerusi: `Abdu l-`Aziz bin `Abdi Llah bin Baz

 

ج 4: تدعو له بالهداية والتوفيق، وأن يجعل الله على يده إصلاح رعيته فيحكم بينهم بشريعة الله.
 

وبالله التوفيق، وصلى الله على نبينا محمد، وآله وصحبه وسلم.

اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء
عضو:عبد الله بن قعود، عضو:عبد الله بن غديان، نائب رئيس اللجنة:عبد الرزاق عفيفي، الرئيس: عبد العزيز بن عبد الله بن باز

Fatawa Al-Lajnah Ad-Da’imah lil-Buhusi l-`Ilmiyyah wal-Ifta’. Jld. 1. Dikumpulkan dan disusun oleh: Asy-Syaykh Ahmad Bin `Abdu r-Razzaq Ad-Duwaysy.

 

فتاوى اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء. المجلد 1. جمع وترتيب: الشيخ أحمد بن عبد الرزاق الدويش.

Ke Atas


Berhukum Kepada Kerajaan Bukan Muslim

 

التحاكم إلى حكومة غير مسلمة

Soalan Ketiga daripada Fatwa No. (5236):

S 3: Kami tinggal di bawah kerajaan bukan muslim dan dia menghukum dengan Undang-Undang Ciptaan. Maka adakah bagi kami untuk merujuk kepadanya urusan-urusan kami?

  السؤال الثالث من الفتوى رقم (5236):
س 3: نحن نعيش تحت حكومة غير مسلمة وهي تحكم القانون الوضعي، فهل لنا أن نرفع إليها قضايانا؟

J 3: Tidak boleh untuk seseorang muslim untuk berhukum kepada kerajaan bukan muslim. Berkata Allah ta`ala: «Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang ingkar» [Al-Ma'idah: 44] dan ini adalah jelas, dan kepunyaan Allah pujian.

Dan tawfiq itu bersama Allah. Dan Allah bersalawat dan bersalam ke atas Nabi kita Muhammad, dan keluarganya, dan sahabatnya.

Jawatankuasa Tetap Untuk Kajian-Kajian Ilmiah dan Fatwa, Kerajaan Arab Saudi
Anggota: `Abdu Llah bin Qu`ud, `Abdu Llah bin Ghadyan, Naib Pengerusi Jawatankuasa: `Abdu r-Razzaq `Afifi, Pengerusi: `Abdu l-`Aziz bin `Abdi Llah bin Baz

 

ج 3: لا يجوز للمسلم أن يتحاكم إلى حكومة غير مسلمة، قال تعالى: "وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ" وهذا واضح ولله الحمد.

وبالله التوفيق، وصلى الله على نبينا محمد، وآله وصحبه وسلم.

اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء
عضو:عبد الله بن قعود، عضو:عبد الله بن غديان، نائب رئيس اللجنة:عبد الرزاق عفيفي، الرئيس: عبد العزيز بن عبد الله بن باز

Fatawa Al-Lajnah Ad-Da’imah lil-Buhusi l-`Ilmiyyah wal-Ifta’. Jld. 1. Dikumpulkan dan disusun oleh: Asy-Syaykh Ahmad Bin `Abdu r-Razzaq Ad-Duwaysy.

 

فتاوى اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء. المجلد 1. جمع وترتيب: الشيخ أحمد بن عبد الرزاق الدويش.

Ke Atas